Legal
Terms and Condition
TERMA & SYARAT PERKHIDMATAN (MIP STUDIO PHOTOGRAPHY)
1. MAKLUMAT TEMPAHAN & PEMBAYARAN
Deposit Tempahan: RM100 (Non-refundable / Tidak dikembalikan jika batal).
Bayaran melalui Senangpay. Anda boleh memilih cara pembayaran anda.
Baki Pembayaran: Bayaran penuh hendaklah diselesaikan pada hari majlis. Bayaran melalui Senangpay. Anda boleh memilih cara pembayaran anda.
2. SYARAT-SYARAT LIPUTAN & ALBUM
Harga Pakej: Semua harga pakej adalah tetap.
Sesi Outdoor: Sesi bergambar outdoor akan dijalankan pada hari yang sama dengan majlis.
Tempoh Majlis: Masa liputan untuk majlis nikah adalah sekitar 2 hingga 3 jam.
Kemas Kini Butiran: Pelanggan wajib menghubungi kami melalui WhatsApp seminggu sebelum majlis untuk mengemas kini butiran akhir majlis.
Tenaga Kerja: Setiap majlis akan dikendalikan oleh seorang jurugambar sahaja.
Pemilihan Gambar: Proses pemilihan gambar bagi tujuan suntingan (edit) dan penyediaan album mestilah dilakukan oleh pihak pengantin.
Penghantaran Hasil: Kos penghantaran album dan bingkai gambar (frame) ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengantin.
3. PENYERAHAN DIGITAL
Pautan Muat Turun: Pautan (link) gambar yang diberikan hendaklah dimuat turun dengan segera.
Tempoh Sah: Pautan tersebut hanya sah untuk tempoh 2 minggu sahaja sebelum ia luput.
Jika pautan tidak dimuat turun selepas 2 minggu, cas RM100 akan dikenakan untuk mendapatkan pautan yang baru.
Nota Penting: Pastikan anda menyimpan salinan digital anda di tempat yang selamat sebaik sahaja menerima pautan daripada pihak kami.